Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad

SIBU – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) terus diperkasakan di Bahagian Sibu menerusi penganjuran Majlis Perasmian Jelajah ANMS 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

Ahli Majlis Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, program tersebut menjadi platform penting dalam menyampaikan aspirasi ANMS selain memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan sejahtera.

Menurut beliau, penganjuran program itu amat bermakna kerana bukan sahaja melibatkan agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah turut mendapat sokongan pelbagai kementerian, agensi swasta dan NGO.

“Nyawa dan kesihatan manusia amat tinggi nilainya dan komitmen pihak KKM adalah memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik dapat disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat hingga ke akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca teks ucapan mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee pada Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2026 Peringkat Bahagian Sibu di Wisma Sanyan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, sektor swasta, NGO serta masyarakat di Bahagian Sibu agar terus menjalinkan kerjasama dan saling menyokong pelaksanaan program ANMS.

Tambah beliau, matlamat utama ANMS adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan sejahtera menerusi amalan gaya hidup sihat seperti aktiviti fizikal, pemakanan seimbang, pengurusan stres serta menjauhi rokok dan vape.

“Kesihatan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga melibatkan kesejahteraan mental,” ujarnya.

Jelasnya, Jelajah ANMS diadakan setiap tahun di semua kawasan Parlimen di Bahagian Sibu iaitu Sibu, Lanang, Kanowit dan Selangau sebagai usaha berterusan mendekati masyarakat dengan penyampaian maklumat kesihatan yang terkini dan relevan.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan 7 Langkah Cuci Tangan Berirama, Pertandingan Suara Emas ANMS serta Pertandingan Video Pendidikan Kesihatan Kreatif.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa