Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad

SIBU – SKUAD Antidadah Daerah Sibu (SKUAD) melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Jabatan/Kumpulan Dengan Penyertaan Paling Ramai sempena program Fun Walk 10,000 Langkah: Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, pagi tadi.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Zahrul Hakim Abdullah.

Sebelum pelepasan peserta, program dimulakan dengan sesi senamrobik bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Bagi kategori Jabatan/Kumpulan Dengan Penyertaan Paling Ramai, tempat pertama dimenangi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu manakala tempat kedua disandang oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.

Kontinjen SKUAD disertai seramai 150 ahli daripada pelbagai latar belakang bersama beberapa rakan strategik termasuk Pejabat KEMAS Daerah Selangau, Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) dan Hafqal Enterprise (HE).

Penyertaan SKUAD dalam program tersebut bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat selain memperluaskan mesej pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang selaras dengan aspirasi ‘Dadah Terkawal 2023’.

Selain menyertai acara berjalan kaki, SKUAD turut mengadakan aktiviti promosi dan pendaftaran ahli baharu secara dalam talian.

Kempen Antidadah Melalui Informasi (K.A.M.I.) juga dilaksanakan menerusi pengedaran bahan pendidikan kesedaran awam kepada pengunjung yang hadir.

Program Fun Walk itu dianjurkan secara kolaboratif oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak Cawangan Sibu, Pelita Towerview Sdn Bhd (Wisma Sanyan), Moma Water, Wellness Hub dan Uniqbun.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah serta tetamu kehormat lain.

Related Posts

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan Barisan Nasional (BN) Johor akan bergerak secara solo dan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad SIBU – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) terus diperkasakan di Bahagian Sibu menerusi penganjuran Majlis Perasmian Jelajah ANMS 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan