Kolej Komuniti Pontian tingkat pendidikan teknikal komuniti setempat – Ahmad Maslan

PONTIAN – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini semakin diiktiraf sebagai pemacu pembangunan modal insan negara, selaras dengan keperluan industri semasa yang memerlukan tenaga kerja mahir, kompeten serta berdaya saing.

Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses pendidikan kemahiran kepada rakyat menerusi pendekatan pembelajaran yang fleksibel, kos pengajian rendah dan lokasi yang dekat dengan komuniti setempat.

Menurut beliau, pendekatan tersebut membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda dan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

“TVET bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua, sebaliknya menjadi laluan utama dalam membina masa depan negara yang lebih maju, progresif dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kolej Komuniti Pontian yang berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Benut, Pontian pada Khamis.

Ahmad berkata, selain melahirkan graduan berkemahiran tinggi, Kolej Komuniti turut membuktikan kejayaan dalam penghasilan produk inovasi serta pengkomersialan hasil ciptaan pensyarah dan pelajar.

Katanya, pelbagai produk seperti makanan, produk kreatif, bahan digital dan inovasi komuniti berjaya dihasilkan bagi memenuhi keperluan masyarakat serta industri.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa institusi TVET bukan sekadar tempat pembelajaran teori, malah menjadi platform mencungkil idea, membina kemahiran praktikal dan menjana pendapatan melalui inovasi bernilai,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata penubuhan Kolej Komuniti memainkan peranan besar dalam membuka peluang pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat.

Menurutnya, institusi tersebut memberi ruang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), golongan B40, belia luar bandar dan komuniti setempat mendapatkan pendidikan kemahiran berkualiti.

“Kewujudan Kolej Komuniti Pontian menjadi pemangkin penting kepada pembangunan modal insan di daerah ini. Anak-anak muda kini mempunyai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknikal berhampiran tempat tinggal mereka sendiri,” katanya.

Tambah beliau, situasi itu bukan sahaja mengurangkan beban kewangan keluarga, malah membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial daerah.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik