Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan agensi itu.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, menerusi pindaan berkenaan, mana-mana individu yang melakukan salah laku atau penyelewengan tidak lagi boleh berlindung di sebalik kedudukan mereka dalam MARA.

Menurutnya, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan atas kapasiti peribadi tanpa sebarang imuniti daripada undang-undang.

Beliau berkata, pembaharuan terhadap Akta MARA 1966 membabitkan kira-kira 70 peratus perubahan dengan fokus utama terhadap pengukuhan integriti, ketelusan serta mekanisme semak dan imbang dalam pengurusan aset MARA bernilai RM23 bilion.

“Pindaan Akta MARA 1966 ini dilakukan secara besar-besaran membabitkan pembaharuan 70 peratus tadbir urus MARA yang diperketatkan dan diperkukuh melalui mekanisme semak serta imbang dan pemisahan kuasa antara pengurusan dan lembaga.

“Ini bagi memastikan pengurusan aset MARA yang kini mencecah RM23 bilion dilaksanakan secara lebih telus dan berintegriti berbanding kelompongan yang ada pada akta digubal sejak era 1960-an yang memberi kuasa terlalu besar kepada pengerusinya.

“Sebab itu, mereka yang terbabit salah laku, termasuk membabitkan urusan pembelian hartanah MARA di luar negara tidak dapat didakwa di mahkamah kerana tindakan mereka itu masih tertakluk kepada akta sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Konsultasi Awam Rang Undang-Undang MARA 2026 di ibu negara, semalam.Turut hadir Ketua Pengarah, Datuk Zulfikri Osman serta bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Ibrahim yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Penggubalan Akta MARA 2026.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, struktur baharu dicadangkan dalam pindaan akta itu turut melibatkan penubuhan beberapa jawatankuasa statutori bagi memperkukuh kawalan dalaman dan pemantauan tadbir urus.

Antara jawatankuasa dicadangkan ialah Jawatankuasa Audit MARA, Jawatankuasa Pelaburan MARA, Jawatankuasa Kewangan dan Tadbir Urus MARA serta Jawatankuasa Risiko MARA.

Beliau berkata, MARA juga akan memperkenalkan elemen pematuhan syariah melalui penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah MARA.

“Pindaan ini sebenarnya bertujuan menjaga kepentingan Bumiputera dengan memastikan setiap keputusan dan pengurusan aset MARA dilaksanakan mengikut piawaian tadbir urus antarabangsa.

“Apa yang berlaku hari ini ialah setiap hari saya terpaksa menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah (KP) untuk menjalankan tugasnya. Ini kerana hanya pengerusi yang ada kuasa tidak terbatas pada agensi ini dan ia sesuatu yang tidak baik dalam tadbir urus.

“Jadi, melalui pindaan akta ini, kita mahu kuasa pengerusi dan Ahli Majlis MARA bukan saja dikecilkan, malah mewujudkan elemen semak dan imbang.

“Sebagai contoh, sebagai pengerusi, jika saya mahu ambil RM20 juta daripada MARA untuk dimasukkan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) saya, ia boleh dilakukan dengan kelulusan Ahli Majlis,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata cadangan supaya agenda dan mandat MARA diperjelaskan selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepentingan Melayu dan Bumiputera akan diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.

“Kita akan pertimbangkan untuk dimasukkan dalam Akta MARA walaupun hakikatnya keseluruhan akta itu sendiri memang membabitkan soal kepentingan agenda Perkara 153.

“Jadi, kita akan bawa ke peringkat menteri untuk dibawa ke Jemaah Menteri sebelum diluluskan secara dasar dan dipersetujui sebelum dibentangkan ke Parlimen.

“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan membentangkan kertas dasar cadangan pindaan Akta MARA 1966 itu pada 25 Mei ini,” katanya.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills