Kerajaan kekal subsidi BUDI95 bantu rakyat hadapi krisis gelombang kedua

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI akan terus mengekalkan subsidi petrol BUDI95 serta meneruskan bantuan kepada rakyat dan sektor perniagaan yang terkesan akibat ketidaktentuan bekalan global susulan krisis di Asia Barat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, konflik berkenaan dijangka memasuki gelombang kedua dan memberi kesan terhadap harga serta bekalan pelbagai produk berasaskan petrokimia di pasaran.

Menurut beliau, situasi itu turut memberi kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia.

“Seperti dijelaskan oleh Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, Nurhisham Hussein dalam temubual bersama BFM mengenai situasi semasa krisis bekalan global, krisis Asia Barat itu sedang memberi kesan kepada banyak negara termasuk negara ini.

“Krisis itu turut memberi kesan terhadap barangan harian seperti lampin pakai buang, barangan plastik dan pelbagai lagi.

“Alhamdulillah Kerajaan MADANI juga sudah mula membantu industri yang bergantung kepada bahan mentah berasaskan petrokimia supaya operasi serta pengeluaran dapat diteruskan tanpa gangguan besar.

“Pada masa sama, bantuan turut disalurkan kepada golongan petani, penjaja dan perniagaan kecil yang terkesan termasuk memperluaskan kemudahan pinjaman kepada perniagaan bagi membantu mereka menghadapi tekanan kos serta cabaran rantaian bekalan semasa,” katanya menerusi hantaran di platform X, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan kini memberi tumpuan kepada usaha memastikan industri yang bergantung kepada bahan mentah petrokimia dapat meneruskan operasi tanpa gangguan besar.

Katanya, bantuan tambahan turut disalurkan kepada golongan petani, penjaja dan perusahaan kecil yang terjejas akibat peningkatan kos operasi dan cabaran rantaian bekalan semasa.

Dalam pada itu, Saifuddin mengingatkan rakyat supaya lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi global dengan mengamalkan penggunaan secara berhemat.

“Apa yang penting ketika ini adalah kesiapsiagaan kita semua. Kita perlu mula menyesuaikan gaya hidup dan penggunaan harian secara lebih berhemah khususnya membabitkan bahan keperluan harian yang berasaskan petrokimia.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI bersedia menangani krisis ini dan dengan kerjasama semua pihak, negara kita mampu menghadapi cabaran ini dengan tenang, tersusun dan penuh tanggungjawab,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar