Hospital Tawau mohon kesan waris, pesakit dirawat sejak April

TAWAU – Hospital Tawau memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki yang dirawat sejak 25 April lalu selepas ditemui dalam keadaan merayau di kawasan Masjid King Fook.

Hospital Tawau menerusi hebahan di Facebook rasmi memaklumkan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Ong John yang kini sedang menerima rawatan di Wad ENT (Wad Gabungan) hospital terbabit.

“Alamat pada kad pengenalan pesakit iaitu di Taman Masra Penampang, Peti Surat 9, 89500 Kota Kinabalu.

“Sehingga kini, tiada ahli keluarga atau waris tampil melawat atau menuntut pesakit berkenaan,” menurut kenyataan itu, pada Rabu.

Justeru, Hospital Tawau menyeru orang ramai yang mengenali individu tersebut atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu dengan menghubungi talian utama Hospital Tawau di 089-706000 sambungan Wad ENT (Wad Gabungan) di talian 6465.

Orang ramai juga boleh hadir terus ke kaunter jururawat wad berkenaan di aras 5, Blok C bangunan baharu hospital terbabit.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik