DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal dapur utamanya, Big Root Suppliers Sdn Bhd.

Menerusi laman sosialnya pada Rabu, pihak pengurusan DOJO memaklumkan mereka telah menerima notis daripada pembekal berkenaan pada 21 April 2026, yang memaklumkan syarikat itu sedang menjalani proses audit halal.

Menurut kenyataan itu, beberapa bahan mentah yang terlibat dalam semakan audit telah dihentikan sementara pembekalannya kepada semua cawangan sehingga proses audit tersebut selesai.

“Sejak notis tersebut diterima, pembekal berkenaan telah menghentikan sementara bekalan bahan berkaitan kepada semua outlet DOJO sehingga laporan audit mereka disempurnakan.

“Susulan itu, DOJO telah melaksanakan penukaran sumber pembekal berkaitan sejak tarikh berkenaan,” katanya.

DOJO turut menjelaskan langkah penyesuaian operasi dan pengurusan risiko telah mula dilaksanakan lebih awal sebelum isu tersebut tular di media sosial.

“Antara langkah yang telah diambil termasuk penukaran sumber pembekal bagi bahan mentah berkaitan, penyediaan sebahagian sos dan bahan tertentu di cawangan, serta penambahbaikan proses semakan pembelian dan pemantauan operasi.

“Semua bahan yang digunakan ketika ini adalah tertakluk kepada keperluan pematuhan halal sedia ada dan operasi semua cawangan DOJO tidak terjejas.

“Status halal bagi outlet DOJO pada ketika ini tidak terjejas,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, DOJO menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memberi penekanan serius terhadap integriti halal serta mengutamakan kepercayaan pelanggan, keselamatan makanan dan tanggungjawab jenama.

Syarikat itu berkata pihaknya mengambil pendekatan bertindak awal secara proaktif bagi memastikan pematuhan halal serta keselamatan makanan terus terpelihara.

DOJO turut memaklumkan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan serta memperkukuhkan sistem pemantauan dan pengurusan dalaman bagi memastikan semua operasi mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Sebagai rujukan awam, syarikat itu juga akan memaparkan salinan notis rasmi serta dokumen berkaitan daripada Big Root Suppliers Sdn Bhd berhubung pemberhentian sementara bekalan kepada semua outlet bermula 21 April 2026 sehingga proses audit diselesaikan.

Related Posts

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan