Maritim Malaysia perkukuh pengurusan fasiliti Ibu Pejabat Zon Miri

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus komited mempertingkat pengurusan fasiliti dan aspek penyelenggaraan di Ibu Pejabat Maritim Zon Miri menerusi pelaksanaan Mesyuarat Tempoh Liabiliti Bilangan 7 yang berlangsung pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, mesyuarat tersebut berperanan sebagai mekanisme penting dalam menyelaras pelbagai isu berkaitan kerja pembaikan, penyelenggaraan serta penambahbaikan fasiliti kompleks agar ia dapat dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual.

Menurut beliau, langkah proaktif itu amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan operasi agensi sentiasa berada pada tahap terbaik, di samping menyediakan persekitaran kerja yang lebih selesa dan selamat untuk seluruh warga kerja Zon Maritim Miri.

“Mesyuarat ini memberi fokus kepada penilaian menyeluruh terhadap status penyelenggaraan bangunan serta infrastruktur sedia ada.

“Ia juga bagi memastikan setiap tindakan susulan berkaitan tempoh liabiliti dapat diurus dengan teratur sebelum diserahkan secara rasmi kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,” katanya.

Mesyuarat yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri oleh delegasi Ibu Pejabat Maritim Malaysia yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pembangunannya, Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly, bersama pegawai kanan Maritim Zon Miri, wakil JKR serta pihak kontraktor.

Dalam sesi perbincangan tersebut, pelbagai aspek teknikal dan keperluan penambahbaikan telah diteliti secara terperinci bagi memastikan kompleks berkenaan kekal berada dalam keadaan optimum serta memenuhi standard operasi yang ditetapkan.

“Kerjasama erat antara semua agensi yang terlibat amat penting untuk memastikan pengurusan fasiliti dapat diteruskan secara lebih cekap, tersusun dan berkesan untuk pelan jangka panjang,” tambahnya.

Sejurus selesai mesyuarat, delegasi berkenaan turut mengadakan lawatan pemeriksaan ke sekitar kompleks Ibu Pejabat Maritim Zon Miri.

Kemudiannya, mereka meneruskan tinjauan laut menggunakan aset kapal peronda KM STAPA bagi memantau pelaksanaan operasi maritim serta keadaan semasa perairan di bawah pentadbiran zon berkenaan.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit