Klinik Obesiti tangani isu berat badan guna pendekatan MIMO

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak terus memperkukuh usaha menangani isu obesiti apabila Klinik Kesihatan Buntong memulakan pelaksanaan Klinik Obesiti menerusi pendekatan Multidisciplinary Integrated Management of Obesity (MIMO) bermula 4 Mei lalu.

Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) JKN Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan primer melalui pendekatan pengurusan obesiti yang lebih menyeluruh dan bersepadu.

Menurut kenyataan itu, pendekatan MIMO memberi penekanan kepada pengurusan pesakit secara holistik melibatkan pelbagai disiplin kesihatan termasuk intervensi klinikal, pemakanan, aktiviti fizikal serta sokongan perubahan tingkah laku.

“Pendekatan ini amat penting memandangkan obesiti merupakan antara faktor risiko utama kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular,” katanya.

Pada hari pertama pelaksanaan klinik tersebut, seramai tiga pesakit telah berdaftar dan memulakan intervensi yang dirancang.

Walaupun dilaksanakan pada skala permulaan, langkah itu disifatkan signifikan ke arah memperluaskan akses rakyat kepada perkhidmatan pengurusan obesiti yang lebih sistematik, efektif dan berfokus di fasiliti kesihatan primer.

JKN Perak turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kesihatan yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan perkhidmatan berkenaan.

Katanya, inisiatif itu diharap dapat terus diperkukuh dan diperluaskan pada masa hadapan demi meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Foto: FB JKN Perak

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA