Bunuh 61 tikaman: Penuntut kolej 19 tahun didakwa di mahkamah

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly pada awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nurfisya, 19, antara jam 11.40 malam pada 30 April hingga 12.20 tengah malam, 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh pula diwakili peguam, Alias Ibrahim.

Mahkamah menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengurusan kes dan laporan pakar. Mahkamah turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada 1 Mei lalu, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas jalan berhampiran sawah padi oleh penduduk kampung yang melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi polis.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 61 kesan tikaman pada badan dan muka mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat tikaman berganda di bahagian dada.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu termasuk dua remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

Foto: Utusan Malaysia

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik