5,000 pelajar nikmati pendidikan percuma, sasar 10,000 penerima tahun ini

Oleh: EVELINE B. & NANA MOHAMAD

KUCHING – Inisiatif murni kerajaan Sarawak menerusi Skim Pendidikan Tertiari Percuma Sarawak (FTES) terus mencatatkan kejayaan apabila seramai 4,694 pelajar telah ditawarkan pembiayaan pengajian tinggi di empat buah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini setakat ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) mencatatkan jumlah penerima manfaat tertinggi dengan 2,020 pelajar.

Menurutnya, ia disusuli oleh Universiti Swinburne Kuching dengan 1,959 pelajar, Universiti Curtin Malaysia (543) dan Kolej Universiti i-CATS (172) yang membabitkan pelajar baharu dan sedia ada.

“Jumlah penerima manfaat ini dijangka akan terus melonjak menjelang fasa kemasukan pelajar baharu bagi sesi Jun dan September tahun ini.

“Melihat kepada perkembangan positif ini, kita meletakkan keyakinan penuh bahawa sasaran 10,000 anak Sarawak untuk menikmati skim pendidikan percuma ini mampu direalisasikan menjelang penghujung tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berhubung perkembangan memberangsangkan pelaksanaan FTES pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Annuar turut mengulas mengenai situasi 1,433 pelajar yang memilih untuk melepaskan tawaran kemudahan skim tersebut.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat atas rasa tanggungjawab kerana rata-rata pelajar berkenaan sudah pun mempunyai kelestarian tajaan pendidikan masing-masing.

“Bukan bermakna mereka tidak menyokong FTES, tetapi mereka mempunyai alasan yang sangat rasional. Ada antara mereka merupakan pelajar sedia ada dan pelajar tahun akhir yang sudah mempunyai penaja.

“Mereka masih terikat dengan kontrak atau perjanjian biasiswa yang sedia ada dan menghormati syarat perjanjian tersebut. Oleh itu, mereka memilih untuk kekal dengan tajaan sedia ada,” ujarnya.

Tambah Dr Annuar, keputusan terpuji kumpulan pelajar berkenaan secara tidak langsung telah membawa rahmat dan membuka lebih banyak ruang kepada pelajar Sarawak lain yang lebih memerlukan untuk menikmati kemudahan di bawah skim FTES ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik