Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperkukuh usaha meringankan beban rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif Pasar Sejahtera Rakyat Perak (PSRP) dengan peruntukan sebanyak RM3.7 juta bagi tahun 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif berkenaan merupakan langkah proaktif dan berimpak tinggi dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

Menurutnya, pelaksanaan PSRP akan diperluaskan ke seluruh negeri merangkumi semua daerah dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk kawasan luar bandar, bagi memastikan manfaatnya dinikmati secara menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.

“Dalam mendepani impak krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos sara hidup, kerajaan negeri tampil dengan solusi nyata untuk membantu rakyat.

“Pelaksanaan ini berada di bawah Fasa 1 Langkah Mitigasi Impak Krisis Asia Barat Negeri Perak bagi tempoh April hingga Jun 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran PSRP di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, Parit Buntar, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saarani menjelaskan bahawa Pasar Sejahtera Rakyat menghimpunkan pelbagai bentuk jualan bersubsidi yang dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan berkaitan.

Antaranya termasuk Pasar Rakyat Perak oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Jualan Sejahtera Rakyat oleh Yayasan Bina Upaya serta Perak SADC, selain Jualan Sejahtera Rahmah dan Jualan Koperasi Perak Sejahtera.

“Melalui inisiatif ini, rakyat berpeluang mendapatkan barangan kering dan basah pada harga sekurang-kurangnya lima peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran PSRP akan dilaksanakan secara berkala setiap bulan sebagai kesinambungan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara di tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Foto: FB Saarani Mohamad

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM