‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

MATUNGGONG – Pendekatan berterusan dalam memperkukuh pendidikan menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar secara menyeluruh.

‎Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki berkata, latar belakang bukan penentu masa depan seseorang, sebaliknya disiplin dan sikap memainkan peranan penting dalam kejayaan.

‎“Disiplin adalah kunci kemajuan dan kejayaan datang daripada usaha yang berterusan, walaupun langkah itu kecil dan perlahan.

‎“Pencapaian ini mencerminkan disiplin dan ketahanan pelajar.

‎“Kejayaan lahir daripada semangat yang tidak mudah menyerah walaupun berdepan cabaran,” katanya dalam kenyataan media selepas menyampaikan insentif tunai kepada pelajar cemerlang di SMK Matunggong, pada Selasa.

‎Menurut Julita, pencapaian sekolah berkenaan membuktikan sekolah luar bandar mampu mencapai tahap kecemerlangan setanding dengan sekolah lain di negeri ini.

‎”SMK Matunggong terus mengekalkan prestasi cemerlang apabila kekal sebagai sekolah harian luar bandar terbaik di Sabah selama sembilan tahun berturut-turut.

‎”Selain itu, sekolah ini turut berada di kedudukan ke-13 daripada 223 sekolah di Sabah bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

‎”Ia juga mencatat kadar kelulusan 100 peratus bagi tahun keenam berturut-turut, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat kepada 3.34 dan daripada 141 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2025, seramai 55 pelajar memperoleh keputusan cemerlang 5A dan ke atas,” kongsinya.

‎Tambahnya lagi, kejayaan berterusan itu selaras dengan usaha menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya negerinya yang lepas.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar