Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan bayaran pendahuluan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM200 sehektar kepada pesawah padi berdaftar di seluruh negara bagi memastikan aktiviti penanaman padi dapat diteruskan walaupun berdepan kenaikan kos diesel.

Perdana Menteri memaklumkan bahawa peruntukan berjumlah RM48 juta itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan IPKP yang telah diumumkan sebelum ini oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikannya pada hari ini.

“Mereka (pesawah) terpaksa sewa mesin bajak, jadi program pembajakan itu mesti diteruskan tetapi mereka perlukan modal.

“Justeru, kita berpendapat, lebih baik diberikan pendahuluan RM200 sehektar supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi,” katanya pada sidang media Taklimat Krisis Bekalan Global di sini, hari ini.

Sebelum ini, IPKP telah dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar sebagai langkah membantu pesawah yang terkesan akibat peningkatan kos bahan api susulan krisis tenaga global.

Dalam perkembangan berkaitan, bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi turut dinaikkan sebagai sebahagian usaha kerajaan mengurangkan beban petani dan pekebun kecil yang terkesan oleh peningkatan kos operasi pertanian.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan