PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil berkata, program itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Beliau berkata, penganjuran Program MADANI Kita di Parlimen Kota Raja menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan, bantuan serta maklumat berkaitan inisiatif kerajaan.

“Kita tidak mahu dasar kerajaan hanya cantik ditulis di atas kertas atau sekadar diumumkan. Yang lebih penting, rakyat mesti dapat merasai manfaatnya.

“Sebab itu kita turun padang, kita santuni rakyat, kita dengar sendiri masalah mereka, kita cari jalan untuk membantu dan berusaha meringankan beban yang mereka hadapi,” katanya ketika berucap dalam Program MADANI Kita Parlimen Kota Raja di Dewan MBSA Seksyen 28, Shah Alam pada Ahad.

Menurut beliau, program itu turut memperlihatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja kilang, peniaga kecil, belia dan warga emas yang hadir memanfaatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Beliau turut menegaskan bahawa keselamatan siber dan perlindungan pengguna, khususnya kanak-kanak, kekal menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi.

“Sehingga 30 Jun 2026, sebanyak 1,550 kandungan jelik yang melibatkan kanak-kanak telah berjaya diturunkan hasil tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama penyedia perkhidmatan berlesen.

“Tindakan itu dilaksanakan menerusi bantuan teknikal, perkongsian maklumat dan analisis forensik digital bagi membantu siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Kempen Internet Selamat (KIS) terus diperkasakan bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat.

Sehingga 30 Jun lalu, katanya, sebanyak 10,303 program telah dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta 2,143 program komuniti yang melibatkan lebih 2.19 juta peserta di seluruh negara.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas A/L Sampunathan; ADUN Sentosa, Dr Gunarajah A/L R George dan Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok