KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak bagi memperkukuh agenda Reformasi Sekolah menerusi pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah, sekali gus memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan sekolah serta pembangunan sahsiah murid di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Salmah Abd. Murad berkata, setiap sekolah yang terpilih menerima peruntukan RM100,000 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi mengikut keperluan dan konteks sekolah masing-masing.

Menurutnya, kesemua 123 sekolah di bawah 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Perak itu dikenal pasti sebagai Sekolah Inspirasi oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD.

“Setiap sekolah menerima peruntukan tersebut bagi menyokong pelaksanaan inisiatif transformasi sekolah yang memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pemerkasaan kepimpinan sekolah, pembangunan profesionalisme guru serta pengukuhan kemenjadian murid.

“Prakarsa ini turut memberi ruang kepada pihak sekolah merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan serta konteks sekolah masing-masing.

“Ia sekali gus memperkukuh aspek akademik, pengurusan sekolah, pembangunan potensi murid dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah di bawah Reformasi Sekolah sempena Pelaksanaan RPM 2026-2035 di Dewan Serbaguna, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di sini, pada Isnin.

Salmah mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Mohd. Hanafi Samad, bagi menyempurnakan majlis berkenaan.

Beliau berkata, pihak sekolah turut diberikan fleksibiliti untuk merancang program yang bersesuaian, termasuk memperkukuh pembangunan sahsiah murid, meningkatkan profesionalisme guru serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan menarik.

“Program-program ini sebenarnya telah dirancang oleh sekolah, namun dengan sokongan peruntukan ini mereka dapat melaksanakannya pada skala lebih besar dan memberi impak lebih tinggi.

“Antaranya termasuk menceriakan persekitaran sekolah dan bilik darjah supaya lebih menarik, sekali gus menggalakkan kehadiran murid serta meningkatkan minat mereka untuk belajar,” katanya.

Menurut Salmah, sehingga kini pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah melibatkan 1,500 sekolah di seluruh negara, mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memperkasa agenda Reformasi Sekolah sebagai antara inisiatif utama di bawah RPM 2026-2035.

Katanya, usaha itu diyakini mampu memperkukuh ekosistem pendidikan negara yang lebih berkualiti, inklusif dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi melahirkan generasi berdaya saing serta memenuhi keperluan pendidikan masa depan.

Foto: Bernama

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok