Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

SARATOK – Sambutan Hari Wanita 2026 Peringkat Daerah Saratok pada Ahad memfokuskan usaha memperkasa golongan wanita menerusi penguasaan ekonomi digital.

Bertemakan ‘Sarawak Women In Digital Economy’, program di Dewan Pejabat Daerah Saratok itu menghimpunkan wanita daripada pelbagai latar belakang bagi meningkatkan kesedaran mengenai peluang keusahawanan berteraskan teknologi.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Norlida Sharkawi dan isteri ADUN Krian, Ani Isek.

Kehadiran mereka mencerminkan sokongan berterusan pemimpin tempatan terhadap peranan aktif wanita dalam pembangunan landskap ekonomi masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Hajijah Dahlan berkata, pelbagai pengisian bermanfaat telah disusun, antaranya ceramah bertajuk ‘Pemerkasaan Ekonomi Digital’ oleh pihak Agrobank.

“Penerangan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai inisiatif kewangan yang boleh membantu wanita memulakan atau mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Di samping itu, sambutan turut dimeriahkan dengan pameran dan jualan produk kraf tangan serta makanan kering oleh usahawan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurut Hajijah, inisiatif jualan tersebut bertindak sebagai platform strategik bagi usahawan tempatan mempromosikan hasil keluaran mereka secara terus kepada komuniti.

Para peserta turut berpeluang menyertai aktiviti riadah seperti senam poco-poco, persembahan nyanyian, dan cabutan bertuah.

Penganjuran program itu merupakan hasil kerjasama erat antara Pejabat Daerah Saratok, Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu, Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), serta Jawatankuasa Wanita Daerah Saratok.

Turut hadir wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, Inspektor Zuraini Hamzah, Penghulu Josephine Entira, serta ketua-ketua jabatan kerajaan tempatan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok