PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, kehilangan pentadbiran Negeri Sembilan selepas kekalahan sebelum ini di Johor dan Sabah bukan bermakna PKR sudah berakhir sebagai sebuah parti politik.

“Jangan menangis PKR. Anda parti reformasi. Malu jika menangis. Kita orang perjuangan. Kita berani berjuang, berani menang dan berani kena tendang,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Menurut Hassan, walaupun terdapat Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti, masih ramai wakil rakyat dan ahli yang kekal setia mempertahankan perjuangan serta Kerajaan MADANI di Dewan Rakyat.

Beliau menyifatkan PKR sebagai parti pelbagai kaum yang masih mempunyai masa depan kerana memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan wilayah.

“PKR ialah parti untuk semua rakyat daripada semua bangsa dan negeri. Bangkit dan berdiri tegak untuk melangkah ke hadapan sebagai wira,” katanya.

Hassan turut menggesa ahli dan penyokong parti berehat seketika selepas melalui tempoh berkempen sebelum merangka strategi baharu bagi menghadapi PRU16.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Katanya, Kerajaan MADANI wajar diberikan ruang untuk mentadbir sehingga tamat penggal mandat pada penghujung 2027 atau awal 2028 bagi membolehkan dasar-dasar kerajaan memberikan kesan positif kepada rakyat.

“Dari perspektif strategi politik, adalah lebih baik kerajaan mentadbir sehingga tempoh penuh sekiranya PKR dan Pakatan Harapan mahu kembali memperoleh keyakinan rakyat pada PRU16.

“Kalau hendak kalah, buatlah PRU16 secara mengejut supaya PKR mati terkejut,” katanya.

Menurut Hassan, pilihan raya yang diadakan terlalu awal berisiko mengekalkan kesan psikologi daripada kekalahan berturut-turut di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus menjejaskan semangat anggota parti dan penyokong.

Sebaliknya, beliau berpandangan tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang mampu memberi peluang kepada kerajaan membuktikan keberkesanan dasar ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) serta meredakan keresahan rakyat terhadap kos sara hidup.

“Saya percaya dalam tempoh setahun lebih ini, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan akan mula memberikan kesan kepada rakyat. Apabila rakyat melihat ekonomi berada di landasan yang betul, ketika itulah Parlimen wajar dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU16,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok