Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

SEMUA pihak diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai peranan yang sudah pun termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, ini termasuklah peranan dalam melantik seorang Menteri Besar.

Dalam menjalankan peranan tersebut, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berhak berjumpa dengan mana-mana pihak bagi menentukan siapa yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Beliau mengumpamakan pihak yang mempertikai perkara itu seakan-akan “rumah siap, pahat berbunyi”.

“Tindakan mempersoalkan perjumpaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan mana-mana pihak, termasuk pemimpin parti politik, juga tidak patut berlaku.

“Semua pemimpin politik digesa untuk menghormati dan menjunjung peranan dan budi bicara institusi Raja Perlembagaan dalam proses yang termaktub dalam undang-undang ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Pengerusi Wawasan, Rais Yatim mempertikai pemilihan Menteri Besar Negeri Sembilan, selain mendakwa wujud campur tangan dari “luar” dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

Beliau merujuk kepada pertemuan dilakukan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum itu.

Mengulas tindakan beberapa ADUN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar semalam, Syahredzan berkata, tindakan itu memberi gambaran yang amat tidak baik serta menimbulkan persepsi bahawa upacara itu diboikot.

“Betul atau tidak, itulah persepsi dan cakap-cakap di luar sana kerana alasan ketidakhadiran mereka tidak boleh diterima,” kata beliau.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok