Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah menegaskan dia berasa tenang dengan keputusan meninggalkan kelab itu pada akhir musim dan berbuat demikian mengikut kehendaknya sendiri, lapor PA Media.

Pemain antarabangsa Mesir itu akan menamatkan tempoh sembilan tahun penuh kejayaan di Anfield musim panas ini selepas mencapai persetujuan dengan kelab untuk memendekkan kontrak lumayan dua tahun ditandatangani 12 bulan lalu.

Musim ini boleh dikatakan paling mencabar sepanjang tempoh tersebut dan paling ketara apabila berlaku perselisihan terbuka antara dia dengan Arne Slot pada Disember lalu, apabila dia menuduh ketua jurulatih itu ‘mengorbankannya’ selepas diletakkan di bangku simpanan ketika prestasi pasukan merosot.

Hubungan itu kembali pulih selepas pemain berusia 33 tahun itu pulang dari Piala Negara-Negara Afrika, namun persetujuan antara Salah dan kelab untuk berpisah – termasuk pembebasan kontraknya yang dilaporkan bernilai £400,000 seminggu (AS$543,200) tanpa Liverpool menuntut yuran perpindahan – menunjukkan keadaan masih belum benar-benar pulih sepenuhnya.

“Saya rasa melalui musim ini, inilah perkara yang betul untuk dilakukan sekarang, dan saya berasa tenang dengannya,” katanya dalam temu bual bersama bekas kapten Liverpool Steven Gerrard di TNT Sports.

“Musim ini sukar untuk kami semua … saya tidak mahu berkata banyak.

“Saya gembira dengannya, segala yang berlaku musim ini membuatkan saya rasa sudah tiba masanya untuk pergi, jadi saya gembira.”

Related Posts

2 gol Haaland bantu Norway kalahkan Denmark

ERLING Haaland meledak dua gol termasuk jaringan kemenangan pada minit ke-74 untuk membantu Norway menewaskan Denmark 3-2 dalam aksi Kumpulan A4 Liga Negara-Negara UEFA, sekali gus mencatat kemenangan kompetitif pertama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM