Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain peruntukan Kerajaan Persekutuan, penglibatan ahli Parlimen amat penting dalam mendapatkan sokongan pelaburan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada syarikat swasta, konglomerat serta pemain industri.

Menurutnya, kos bagi membangunkan sebuah Wellness Hub dianggarkan sekitar RM700,000 hingga RM800,000, namun impaknya dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat amat besar.

“Peranan ahli Parlimen bukan sahaja bergantung kepada peruntukan kerajaan, tetapi juga menggalakkan penyertaan pihak industri dan dermawan bagi memastikan lebih banyak Wellness Hub dapat diwujudkan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Wellness Hub Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Dzulkefly berkata, setakat ini sebanyak 38 Wellness Hub telah diwujudkan di seluruh negara, dengan lima daripadanya berada di Sabah iaitu di Putatan, Keningau, Kudat, Lahad Datu dan Sandakan.

“Pembukaan Wellness Hub di Sandakan ini merupakan yang kelima di Sabah dan ke-38 di Malaysia.

“Ia mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh aspek penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, pendekatan yang dibawa melalui Wellness Hub adalah menekankan konsep penjagaan kesihatan sebelum seseorang jatuh sakit, dengan memberi fokus kepada perkhidmatan kesihatan primer, pencegahan dan promosi kesihatan.

“Hab ini menjadi platform yang mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti secara langsung serta menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan hasrat untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu Wellness Hub di setiap kawasan Parlimen, malah mencadangkan agar ia diperluaskan sehingga ke peringkat daerah.

Mengulas mengenai cadangan potongan bajet Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau menegaskan bahawa sebarang pengurangan tidak seharusnya melibatkan perkhidmatan kesihatan asas.

Katanya, fasiliti awam KKM memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan utama termasuk bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan kepada rakyat.

“Perkhidmatan kesihatan adalah keperluan asas yang tidak boleh dikompromi. Sebarang pertimbangan penjimatan perlu mengambil kira kepentingan rakyat dan kesinambungan perkhidmatan,” jelasnya.

Menurutnya, KKM akan mengemukakan cadangan balas berhubung perkara itu melalui Ketua Setiausaha kementerian bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam terus diperkasa.

Beliau menambah, usaha tersebut penting bagi memastikan Malaysia mencapai matlamat Liputan Kesihatan Sejagat (UHC) dan terus menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada seluruh rakyat.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan