Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peningkatan kos input seperti baja dan bahan api menjadi cabaran utama yang memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran hasil pertanian.

“Jadi macam mana nak pastikan yang petani-petani kita ini kekal untung? Sebab itu dari segi input, untuk pertanian ini, bila kita teliti, sememangnya ada input-input yang akan memberi kepada kos penghasilan sebenar.

“Satu contoh adalah soal penggunaan bahan api itu sendiri, diesel dan yang kedua adalah dari segi baja. Maka sebab itu, dari segi baja adalah antara perkara paling awal kita bincang dalam MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) untuk memastikan keterlangsungan bekalan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat-Usahawan Tani (IPR-INTAN), di sini, hari ini.

Menurutnya, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi bekalan baja urea yang diperoleh daripada sumber petroleum domestik, sekali gus membantu menampung sebahagian keperluan sektor berkenaan.

“Maka bahan (baja) urea itu insya-Allah ada, tetapi baja ini juga ada pelbagai. Contohnya kita perlukan NPK (sebatian nitrogen, fosforus dan kalium), fosfat dan sebagainya, yang sumbernya adalah banyak diimport.

“Maka perkara itu memerlukan kaedah mencari jalan untuk memastikan bekalan yang lebih stabil,” katanya.

Akmal Nasrullah berkata, keperluan memastikan bekalan baja stabil turut menjadi antara fokus dalam kerjasama antarabangsa, termasuk ketika lawatan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia baru-baru ini.

“Jaminannya adalah mereka juga membantu negara kita untuk meningkatkan bekalan fosfat ke Malaysia,” katanya.

Mengulas perkembangan program IPR-INTAN, beliau berkata setakat ini seramai 2,300 peserta telah dilahirkan dengan jumlah hasil terkumpul mencecah RM22 juta.

“Konsepnya lebih kepada memastikan perkara itu sudah ada off-taker (pembeli) tersedia supaya bila kita laksanakan perkara ini, kepakaran teknikal yang dibekalkan dari peringkat awal ini menghasilkan hasil tanaman.

“Ia juga membolehkan hasil itu terus dikutip oleh pembeli atau pengumpul barangan hasil pertanian ini. Jadi tumpuan kepada peserta ini adalah untuk menjaga dan menjamin bekalan tanaman itu, supaya mereka juga betul-betul mahir.

“Apa yang penting, peluang itu diberikan untuk mereka tingkatkan pendapatan kehidupan mereka,” katanya.

Jelasnya, kementerian menyasarkan penyertaan 500 hingga 600 peserta baharu dalam program berkenaan pada tahun ini.

“Bila diterima permohonan, kita kena tengok dari beberapa sudut kesesuaian. Peserta itu sendiri, lokasi di mna nak buka kawasan itu, kesesuaian siapa pemilik tanah dan sebagainya.

“Paling utama adalah off-taker. Jadi kelebihan di sini, sebagai contoh di Putrajaya, kita ada Pertubuhan Peladang Kuala Langat yang ada pusat pengumpulan, maka isu logistik tidak memerlukan satu cabaran yang besar untuk program ini berjaya.

“Sebab itu bila kita laksanakan ini, bukan sekadar mahu bagi geran buka kawasan, tidak. Kita nak pastikan ekosistem itu tersedia supaya peserta itu benar-benar berjaya dilahirkan,” katanya.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik