Pembinaan Hospital Kanser Sarawak disasar bermula 2027

KUCHING – Projek pembinaan Hospital Kanser Sarawak dijangka bermula pada tahun 2027 berikutan proses reka bentuk kemudahan tersebut yang kini telah pun siap.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hanifah Hajar Taib berkata, projek berkenaan kini akan beralih kepada proses tender sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan secara rasmi.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, reka bentuk sudah siap dan kita akan teruskan dengan proses tender. Apabila tender diluluskan kelak, kita menyasarkan pembinaan akan bermula pada tahun 2027,” katanya.

Menurut beliau, pembinaan hospital khusus itu amat wajar memandangkan kemudahan rawatan kanser di Sarawak ketika ini belum mencukupi.

Lebih membanggakan, hospital itu kelak bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Sarawak, malah bakal menjadi pusat rujukan kesihatan bagi wilayah Borneo termasuk Sabah dan Kalimantan, Indonesia, selaras dengan hasrat Premier Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha Pusat Penyelidikan Klinikal di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang kini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dalam menangani isu kanser, dengan kadar pencapaian yang amat tinggi iaitu melebihi 90 peratus.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran buku kenangan allahyarhamah ibunya, Hanifah menjelaskan penerbitan naskhah tersebut memakan masa yang agak lama kerana keluarga memerlukan ruang untuk memproses rasa kehilangan.

“Buku ini sebenarnya dimulakan sendiri oleh arwah bersama penulis bernama Christina Thomas-Mamora.

“Namun, kehilangan ini mendidik kami untuk menjadi lebih empati dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan kediaman keluarganya dijadikan muzium atau ruang pameran kekal, beliau menegaskan tiada sebarang perancangan sedemikian buat masa ini. Kediaman tersebut kini hanya dipantau oleh kru penyelenggara bagi tujuan penjagaan kawasan.

Tegas Hanifah, tumpuan utamanya ketika ini bukanlah kepada perkara tersebut, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada tanggungjawab di dalam Kementerian Kesihatan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik