MTEN sangkal laporan, diesel dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesahkan 329,000 tong diesel yang dihantar ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti dilaporkan media antarabangsa.

Sehubungan itu, Pasukan Pengurusan Krisis MTEN menasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.

“Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia.

“Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal daripada Malaysia.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan merujuk kepada sumber rasmi kerajaan,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Sebelum ini, Petronas turut mengeluarkan kenyataan senada yang menafikan sebarang penglibatannya dalam pembekalan diesel ke Filipina.

Terdahulu, media Filipina melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara itu bagi menambah bekalan bahan api negara itu ketika ketidaktentuan pasaran global.

Menurut laporan itu, penghantaran itu sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina memperkukuh bekalan domestik, susulan penghantaran 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.

Related Posts

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang