14 warga India gagal masuk Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 14 warga India antara 28 warga asing yang ditolak kemasukan di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini sejak 1 April lalu hingga semalam.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Fauzi Mohd. Yusof berkata, kemasukan mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditolak oleh pegawai imigresen bertugas hasil pemeriksaan dan tapisan dijalankan.

Katanya, warga India yang ditolak kemasukan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita.

“Mereka ditolak kemasukan kerana gagal memenuhi syarat sebagai pelancong, antaranya tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta tidak dapat memberikan tujuan perjalanan yang sahih ketika disoal oleh pegawai imigresen.

“Selain itu, terdapat juga dalam kalangan mereka yang tersenarai dalam senarai syak jabatan dan tidak dibenarkan memasuki Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, seramai lima warga Thailand turut ditolak kemasukan kerana pasport rosak dan tidak memenuhi syarat kemasukan.

“Dalam kes berasingan, dua lelaki warganegara Bangladesh ditolak kemasukan kerana tidak dibenarkan menggunakan pintu masuk darat selaras dengan arahan semasa jabatan.

“Selebihnya melibatkan warganegara dari Myanmar, Sri Lanka, Taiwan dan Indonesia yang turut ditolak kemasukan atas pelbagai ketidakpatuhan terhadap syarat kemasukan yang ditetapkan,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua individu yang ditolak kemasukan diarahkan kembali ke negara terakhir mereka berlepas sebelum memasuki Malaysia oleh pegawai imigresen bertugas.

“AKPS akan terus memperketatkan kawalan di pintu masuk negara bagi memastikan hanya pelawat yang memenuhi syarat dibenarkan memasuki Malaysia.

Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang cuba menyalahgunakan kemudahan imigresen negara,” katanya.

Media pada 3 April lalu melaporkan penduduk dan peniaga di Changlun mendakwa ramai warga India kini menjadikan pekan itu sebagai lokasi transit sebaik melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Kira-kira 90 peratus daripada mereka adalah lelaki berusia 18 hingga 45 tahun yang masuk ke negara ini secara berkumpulan dengan membawa beg galas serta bagasi besar.

Dalam perkembangan sama, TMP semalam melaporkan warga asing itu didapati beralih ke Jitra sejak beberapa hari lalu.

Stesen Bas Tanah Merah di Jitra menjadi lokasi mereka berkumpul dengan modus operandi sama seperti di Changlun sebelum meneruskan perjalanan menaiki bas ke destinasi lain terutama Kuala Lumpur.

Kemasukan mereka menimbulkan kecurigaan iaitu sama ada sebagai pelancong atau mahu bekerja di negara ini.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman