Formula 40 peratus Sabah diperinci, rundingan diteruskan

SEPANGGAR – Kerajaan Persekutuan kekal komited untuk melaksanakan tuntutan 40 peratus hasil Sabah, dengan penangguhan atau ‘stay of execution’ bukan bermaksud menolak hak tersebut, sebaliknya bagi memberi ruang memperincikan formula pengiraan secara lebih teliti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, langkah penangguhan itu juga telah dibentangkan di Parlimen dan tidak melibatkan sebarang rayuan terhadap tuntutan berkenaan.

“Seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini, ‘stay of execution’ penangguhan ini bukan bermakna kita menidakkan 40 peratus itu, tidak sama sekali.

“Dan ini pun sudah dibentangkan di Parlimen oleh YAB Perdana Menteri. Kita tidak merayu pun 40 peratus itu, tetapi pihak kerajaan minta sedikit penangguhan supaya kita boleh perincikan data-datanya sebab bayangkan kita terpaksa cari data dari tahun 1974 sehingga sekarang.

“Jadi pihak Kementerian Kewangan terutamanya yang juga melibatkan Kerajaan Negeri meminta supaya diberikan sedikit masa untuk membuat verifikasi dan data-data ini,” katanya kepada media pada Sambutan Raya Aidilfitri Sekampung Parlimen P.171 Sepanggar di Kampung Gentisan, di sini pada Sabtu.

Menurut Mustapha, komitmen itu dizahirkan melalui usaha berterusan untuk memastikan rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjalan dengan lancar.

“Saya bagi komitmen kepada rakyat Sabah, saya sendiri sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk mengkoordinasi antara Persekutuan dan Negeri ini.

“Kita akan pastikan supaya proses ini berjalan dan pada hari Isnin ini saya akan berjumpa dengan Datuk Masidi Manjun selaku Menteri Kewangan Sabah untuk membincangkan perkara ini.

“Dan juga saya akan pastikan libat urus antara Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri ini akan berjalan dan kita akan pastikan supaya ada keputusan yang boleh diterima oleh pihak Persekutuan dan pihak Negeri untuk kita bawa ke keputusan akhir,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, penangguhan tersebut penting bagi mengelakkan keputusan dibuat secara tergesa-gesa yang boleh menjejaskan ketepatan data.

“Bila sudah ada penangguhan ini, ia memberi masa. Kalau tidak, kita akan buat secara tergesa-gesa dan kita takut ada data-data yang tidak tepat.

“Jadi bila kita tangguhkan, maknanya ini memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk meneruskan rundingan, membentangkan fakta dan bersetuju dengan fakta-fakta yang dibentangkan,” jelasnya.

Tambahnya, proses itu melibatkan kerjasama rapat antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri serta platform seperti Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Induk MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, mengulas mengenai himpunan aman ‘Justice4Sabah’ baru- baru ini, beliau menyifatkan ia sebagai hak rakyat untuk menyuarakan pandangan, namun meminta semua pihak memberi ruang kepada proses rundingan.

“Saya fikir masing-masing ada hak mereka untuk menyuarakan, kita terima pandangan mereka, mereka mahu perkara ini dapat diselesaikan cuma saya minta pertimbangan supaya memberi masa kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

“Ini mesti difahami bahawa proses perundingan ini melibatkan kedua-dua pihak,” tegasnya.

Tambahnya lagi, penangguhan adalah proses biasa dalam sistem perundangan dan bukan sesuatu yang luar biasa walaupun melibatkan isu besar seperti tuntutan 40 peratus.

“Saya bagi komitmen kepada rakyat Sabah bahawa kita tidak merayu ‘appeal’ kepada 40 peratus itu, kita akan laksanakan, tetapi beri masa kepada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri untuk berunding dengan baik,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar