Sabah di landasan stabil, Ekonomi Biru serta PuTERA35 pacu lonjakan nilai Bumiputera

KOTA KINABALU – Sabah merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi negara dan berada pada landasan pertumbuhan yang stabil apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM84.30 bilion pada 2024, sekali gus mencerminkan momentum positif ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, pertumbuhan tersebut didorong oleh industri pelancongan yang mencatat pertumbuhan 4.2 peratus dengan nilai RM13.7 bilion pada 2024, menyumbang sekitar 12 peratus kepada ekonomi Sabah.

“Sabah kini turut meneroka potensi baharu melalui pembangunan Ekonomi Biru, yang merangkumi sektor seperti perikanan bernilai tinggi, tenaga boleh baharu marin, akuakultur serta pembangunan sumber marin secara mampan.

“Ekonomi Biru dijangka akan membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dengan potensi pelaburan yang signifikan serta memberi manfaat kepada rakyat melalui pelbagai projek dan peluang pekerjaan,” ujarnya semasa berucap dalam Majlis Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Aspirasi Outreach Sabah 2026: “Merealisasikan Pengkalan Penciptaan Nilai Syarikat Bumiputera”, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Tambah Mohd Shahar, perkembangan tersebut menunjukkan Sabah bukan sahaja mempunyai asas ekonomi yang kukuh, tetapi juga berada pada kedudukan strategik untuk berkembang.

“TERAJU telah lama bertapak di bumi Sabah sebagai pemangkin utama dalam memacu transformasi syarikat Bumiputera.

“Segala usaha yang telah digerakkan selama ini merupakan bukti nyata komitmen jitu dan berterusan dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi di negeri ini menerusi banyak pencapaian seperti Program Dana Mudah Cara (FF) dan Program TERAS.

“Selain itu, Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) Pembiayaan Terkini (2024-2026): sehingga kini, melalui inisiatif BECF dan i-WCPF,” katanya.

Mengulas mengenai Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), beliau berkata, ia diperkenalkan sebagai kerangka utama untuk melonjakkan pembangunan sosioekonomi Bumiputera melalui pendekatan yang lebih berfokus, tersasar dan berimpak tinggi.

“Pelaksanaan PuTERA35 kini turut memberi penekanan khusus kepada pembangunan Sabah dan Sarawak bagi memastikan keseimbangan wilayah dapat dicapai serta potensi ekonomi di Malaysia Timur dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Pelaksanaan dasa di bawah PuTERA35 ini perlu diterjemahkan kepada tindakan yang konkrit dan berimpak di peringkat negeri,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar memaklumkan, majlis berkenaan turut memainkan peranan penting bukan sekadar sebagai platform libat urus, tetapi sebagai mekanisme strategik untuk mempercepat pelaksanaan agenda pemerkasaan Bumiputera secara lebih tersasar.

“Kita tidak boleh melihat hanya kepada bilangan program atau penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi semata-mata.

“Yang kita tuntut adalah nilai yang tercipta, hasil yang nyata dan impak yang dirasai oleh rakyat.

“Inilah peralihan yang kita tekankan di bawah PuTERA35, daripada penyertaan kepada penciptaan nilai,” tegasnya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan Pelancaran Pembiayaan Dana Penskalaan Bumiputera Sabah dan Sarawak (BSSF), Penyerahan Projek ‘Innovation for Community’ (INNO4C) serta Pemeteraian kerjasama strategik dengan rakan industri melalui memorandum persefahaman kepada usahawan Bumiputera di Sabah yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama ialah, Timbalan Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah, Datuk Ewon Benedick; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin dan Pegawai Eksekutif TERAJU, Junady Nawawi.

Related Posts

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

LIMBANG – Pesta Makan Tahun Kedayan Edisi Ke-10 bukan sekadar menjadi platform meraikan warisan budaya masyarakat Kedayan, malah membuktikan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti itu terus utuh dalam mendepani arus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

SHAH ALAM – Festival Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 bukan sekadar acara automotif, malah menjadi platform yang membuktikan industri kreatif mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pelancongan Selangor, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

Warisan Kedayan terus diperkasa, bangunan baharu PKL bernilai RM25 juta bakal dibina

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

Festival AOS 2026 bukti industri automotif mampu pacu ekonomi Selangor – Amirudin

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit