Sabah perkukuh ketahanan tenaga, kaji BDR – Hajiji

‎KOTA KINABALU – Sabah mula menyusun langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan krisis tenaga dan tekanan ekonomi susulan konflik di Asia Barat.

‎Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat khas yang dipanggil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.

‎“Mesyuarat tersebut memberi fokus kepada kesan global akibat konflik di Asia Barat, termasuk potensi krisis tenaga dan kenaikan harga minyak yang boleh mencetuskan tekanan ekonomi di banyak negara.

‎“Walaupun konflik berlaku jauh di Iran, kesannya adalah global, Malaysia juga tidak terkecuali, khususnya dari segi kenaikan kos dan bekalan tenaga,” katanya kepada media pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama-sama Media, di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai kapasiti tenaga elektrik Sabah, Hajiji berkata, Sabah masih berada pada tahap stabil dengan kapasiti tenaga elektrik sekitar 1,400 megawatt.

‎“Sebanyak 1,100 megawatt dijana melalui bekalan gas oleh Petronas, manakala kira-kira 300 megawatt bergantung kepada diesel,” jelasnya.

‎Bagaimanapun, beliau mengakui kebergantungan kepada diesel kekal sebagai risiko utama sekiranya berlaku kenaikan harga bahan api tersebut.

‎“Kita sedang memantau keadaan ini kerana kenaikan harga diesel boleh memberi kesan kepada kos dan kestabilan bekalan tenaga di Sabah,” ujarnya.

‎Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan meneliti keperluan pelaksanaan Berkerja Dari Rumah (BDR) di peringkat negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

‎“Saya akan membawa perkara ini ke mesyuarat kabinet negeri akan datang.

“Kita akan lihat dari segi kesesuaian dan keperluan pelaksanaannya,” jelasnya lagi.

‎Hajiji menegaskan, kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan konflik global serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah kekal terpelihara.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya