Aktiviti luar dihadkan, kesihatan pelajar jadi keutamaan

KANGAR – Kesihatan pelajar menjadi keutamaan apabila sesi persekolahan di negeri ini berjalan seperti biasa namun beberapa langkah pencegahan dilaksanakan susulan cuaca panas yang melanda ketika ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, aktiviti luar bilik darjah akan dihadkan sekiranya suhu tertinggi harian direkodkan antara 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga atau lima hari berturut-turut.

Menurut beliau, langkah itu diambil bagi mengelakkan pelajar terdedah kepada risiko kesihatan akibat gelombang haba yang berpanjangan.

“Semua penganjuran aktiviti luar seperti acara sukan dan kokurikulum akan ditangguhkan terlebih dahulu jika suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celcius.

“Malah perhimpunan juga boleh diadakan di dalam dewan dengan mengambil kira tempoh yang tidak terlalu lama, peredaran udara dalam dewan adalah baik dan pelajar hendaklah duduk sepanjang majlis berlangsung,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya suhu tertinggi harian melebihi 37 darjah Celcius selama lebih tiga hari berturut-turut, sesi persekolahan akan ditangguhkan dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam pada itu, katanya, pihak sekolah turut memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar untuk memakai t-shirt sukan sepanjang sesi persekolahan bagi memastikan keselesaan mereka.

“Para pelajar juga digalakkan membawa air kosong dan minum dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

“Pelajar yang berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah pula digalakkan menggunakan payung atau topi selain berlindung di kawasan teduh ketika menunggu ibu bapa,” katanya.

Tambah beliau, pelajar yang mengalami gejala kesihatan berkaitan haba perlu segera memaklumkan kepada guru untuk tindakan lanjut.

Katanya, ibu bapa dan guru juga diminta mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya terdapat pelajar menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

“Jabatan Pendidikan negeri sentiasa memantau rapat perkembangan suhu semasa di Perlis seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi