Had 800 liter RON95 kekal, industri gig tarik nafas lega

PUTRAJAYA – Pengekalan had siling Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing dan pekerja gig dilihat sebagai langkah tepat dalam membantu menstabilkan kos operasi golongan tersebut.

Ketua Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM), Masrizal Mahidin berkata, keputusan itu amat signifikan dalam memastikan kelangsungan pendapatan pemandu yang bergantung secara langsung kepada kos bahan api sebagai komponen utama operasi harian.

Beliau yang juga dikenali sebagai Jose Rizal berpandangan, langkah berkenaan juga berpotensi merangsang permintaan terhadap perkhidmatan e-panggilan susulan penyelarasan sementara kelayakan BUDI95 bermula bulan depan.

“Saya menjangkakan langkah yang diambil kerajaan ini akan membawa lebih ramai masyarakat khususnya di kawasan bandar, beralih dari menggunakan kenderaan sendiri kepada e-panggilan yang akan membuka rezeki kepada pemandu.

“GEM menyambut baik dan berasa lega dengan pengumuman oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelarasan terkini subsidi bahan api.

“GEM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan pemandu e-hailing, khususnya melalui keputusan mengekalkan kadar siling maksimum 800 liter di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Masrizal menegaskan, pihaknya percaya bahawa dengan semangat kebersamaan, ketabahan dan iltizam semua pihak, Malaysia mampu mengharungi konflik geopolitik Asia Barat dengan lebih kukuh dan berdaya tahan.

“Dalam setiap cabaran, dasar yang prihatin adalah benteng kepada kelangsungan rakyat. Dan hari ini, pemandu e-hailing tidak dipinggirkan.

“GEM turut mendoakan agar konflik geopolitik yang sedang melanda dunia ketika ini dapat reda dengan segera, seterusnya membantu menstabilkan ekonomi global dan harga minyak,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.

Bagaimanapun, untuk meringankan beban rakyat, Perdana Menteri berkata inisiatif BUDI95 dikekalkan pada harga RM1.99 seliter.

Beliau turut mengumumkan Sabah dan Sarawak terus menikmati diesel subsidi pada kadar RM2.15 seliter walaupun harga global meningkat namun menegaskan, ketirisan perlu dikawal dengan lebih tegas.

Related Posts

Status pelarian bukan lesen langgar undang-undang, bakal ditangkap jika lakukan jenayah

PUTRAJAYA – Status sebagai pelarian bukan satu lesen untuk membenarkan mana-mana individu atau kumpulan untuk melanggar undang-undang negara ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPDN laksana 13,692 Jualan Rahmah MADANI hingga Jun

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan sebanyak 13,692 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari sehingga 13 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak