PKR Sabah tempelak Senator Filipina: Sabah milik Malaysia, noktah!

KOTA KINABALU – Parti Keadilan (PKR) Sabah menempelak kenyataan berulang Senator Filipina, Robin Padilla, yang terus membangkitkan isu tuntutan Sabah, sambil menegaskan negeri itu “berdaulat dalam Malaysia noktah.”

Ketua Penerangan, Ahmad Farid Sainuri berkata, tindakan Padilla sebagai tidak berpijak pada realiti serta didorong sentimen politik populis yang berpotensi menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina.

“Isu Sabah telah lama selesai melalui sejarah, undang-undang dan kehendak rakyat. Sabah menyertai Malaysia pada 1963 berasaskan prinsip penentuan nasib sendiri yang diiktiraf masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Menurut Ahmad Farid, PKR Sabah melihat cubaan menghidupkan semula tuntutan itu sebagai langkah terdesak untuk meraih sokongan domestik di Filipina, tanpa mengambil kira sensitiviti hubungan dua hala.

“Kedudukan Sabah dalam Malaysia bukan sahaja sah dari sudut sejarah, malah telah diperkukuh melalui beberapa keputusan penting mahkamah antarabangsa.

“Pada Jun 2023, Mahkamah Rayuan di The Hague menolak tuntutan kumpulan Sulu bernilai hampir USD14.9 bilion terhadap Malaysia.

“Manakala pada Disember 2025, Mahkamah Rayuan di Paris membatalkan sepenuhnya “Final Award” oleh penimbang tara yang tidak sah, sekali gus menutup ruang perundangan bagi mencabar kedaulatan Sabah.

“Keputusan berturut-turut ini membuktikan segala cubaan mencabar kedaulatan Sabah adalah sia-sia dan akan terus ditolak oleh sistem perundangan antarabangsa,” tegasnya.

Dalam masa sama, Ahmad Farid turut mengaitkan isu berkenaan dengan keutamaan semasa kerajaan Persekutuan yang memberi tumpuan kepada kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan harga tenaga global.

“Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dipuji kerana mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak serta melaksanakan subsidi bersasar melalui program BUDI MADANI bagi petrol RON95.

“Langkah itu membantu menstabilkan kos sara hidup dan memastikan sektor penting seperti logistik, perikanan dan pengangkutan tidak terjejas aki at kenaikan harga bahan api,” ujarnya.

PKR Sabah memberi amaran sebarang usaha membangkitkan semula isu tuntutan Sabah, sama ada melalui retorik politik atau propaganda, adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menggugat keharmonian serantau.

“Kami menyeru semua pihak agar menghormati kedaulatan Malaysia dan menumpukan kepada kerjasama serantau demi kepentingan rakyat.

“Isu ini tidak seharusnya dijadikan alat politik murahan.

“Fokus perlu diberikan kepada masa depan dan kesejahteraan bersama, bukan polemik lapuk yang telah pun ditolak sejarah dan undang-undang,” tegasnya.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau