Hasil nelayan darat merosot 50 peratus, dasar empangan mula timbul

PADANG BESAR – Penyusutan paras air di Empangan Timah Tasoh akibat cuaca panas dan kering memberi kesan langsung kepada nelayan darat apabila hasil tangkapan merosot sehingga 50 peratus sejak awal tahun ini.

Timbalan Pengerusi Nelayan Darat kawasan itu, Abdul Azhar Abdul Aziz berkata, keadaan itu berlaku apabila kawasan tangkapan semakin mengecil susulan paras air empangan surut kira-kira 60 meter dari gigi air.

“Bila air menyusut, ikan akan bergerak ke kawasan lebih dalam untuk berlindung dan kebanyakannya masuk ke zon larangan.

“Kita tak boleh masuk kawasan itu, jadi hasil tangkapan memang berkurang dengan ketara,” katanya.

Menurutnya, fenomena tersebut turut menyebabkan kemunculan kawasan dikenali sebagai Pulau Timbul yang kini menjadi tumpuan pengunjung.

“Kawasan yang dulu tenggelam kira-kira lebih 3 meter kini sudah timbul dan ditumbuhi rumput, selain terdapat kesan tinggalan seperti pinggan mangkuk, botol lama dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya, fenomena itu berlaku setiap tahun, namun keadaan kemarau kali ini memberi kesan lebih besar kepada sumber pendapatan nelayan.

Katanya, situasi sama pernah berlaku pada 2019 apabila penyusutan air lebih ekstrem sehingga bot tidak dapat memasuki beberapa kawasan.

Data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara menunjukkan paras air empangan kini berada pada tahap waspada dengan bacaan 26.81 meter dan simpanan 39.09 peratus manakala paras kritikal empangan tersebut adalah 26 meter.

Dalam pada itu, sebelum Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran tahap satu (berjaga-jaga) melibatkan Perlis susulan cuaca panas berterusan.

Related Posts

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

LAHAD DATU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak, di sini, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat kes penyalahgunaan subsidi diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) mengambil tindakan segera bagi memulihkan laluan di Jalan Tun Fuad Stephen (Tanjung Lipat) dengan melaksanakan kerja pemasangan Bailey…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas