
SEMPORNA – Dua beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi ahli keluarganya sejak Sabtu lepas.
Kehilangan Sharifah Najihah Hasan, 32, bersama anaknya Sharifah Sajilah Abdullah, 16, disedari tidak pulang ke rumah di Kampung Balimbang Berjasa Pulau Bum-Bum selepas dipercayai pergi ke Tawau untuk membeli barangan hari raya.
Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna menerusi satu hebahan memaklumkan, semasa hilang, Najihah berpakaian baju kemeja berwarna merah dan skirt hitam, manakala Sajilah memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih dan seluar slack kelabu.
Sehingga laporan polis dibuat oleh pengadu (anak mangsa), kedua-dua mereka masih belum pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi, ” menurut kenyataan itu, pada Rabu.
Justeru, polis memohon jasa baik orang ramai menghubungi Pegawai Penyiasat kes, SI Mohammad Yazid Abd Rahman di talian 019-883 5374 sekiranya terlihat atau menemui kedua-dua mereka.




