Empat individu ditahan, pelbagai jenis dadah dirampas

KUCHING – Tindakan tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah mengundang padah apabila mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Skim Penempatan Semula Sungai Apong pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia antara 20 hingga 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira 8.35 malam pada 17 Mac lalu.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap kesemua suspek membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM1,264.00.

“Antara yang dirampas ialah dadah disyaki jenis Methamphetamine seberat 10.61 gram, Ketamine (7.77 gram), pil Erimin 5 (10.61 gram) serta ganja (1.42 gram).

“Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis. 

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu semakan turut mendapati seorang daripada suspek lelaki berkenaan mempunyai lima rekod jenayah lampau, manakala tiga lagi suspek bersih daripada sebarang rekod.

Tambah beliau, kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Mac ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun hingga maksimum lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga hingga sembilan sebatan, jika sabit kesalahan,” tegasnya.

Sementara itu, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan mereka melalui talian hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak (017-592 9211).

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung