Mangsa kebakaran di Kota Belud syukur terima sumbangan PMX

KOTA BELUD – Mangsa kebakaran di Kampung (Kg) Melangkap Kapa, meluahkan rasa syukur apabila mendapat perhatian dan sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud, sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap mangsa yang terkesan akibat tragedi berkenaan.

Salah seorang mangsa, Anitalina Tampuling berkata, kebakaran tersebut menjejaskan beberapa ahli keluarganya yang kini terpaksa tinggal sementara di pondok berhampiran kawasan kampung.

Menurutnya, dalam satu rumah terdapat beberapa keluarga yang tinggal bersama termasuk ibu bapa, adik-beradik serta keluarga kakaknya.

“Sekarang kami tinggal sementara di pondok-pondok berhampiran kawasan sini. Keadaan memang sukar, tetapi kami sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

“Kami rasa sangat dihargai kerana keprihatinan ini bukan sahaja daripada wakil rakyat kawasan, malah sampai ke perhatian Perdana Menteri. Terima kasih kepada PMX atas bantuan ini,” katanya ketika ditemui Wartawan TMP, pada Jumaat.

Seorang lagi mangsa iaitu kakaknya, Norida Tampuling, turut meluahkan rasa terharu atas keprihatinan kerajaan yang tampil membantu mereka selepas kehilangan tempat tinggal.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang sangat bererti buat kami. Sekarang kami sudah tidak mempunyai apa-apa selepas kebakaran itu.

“Kami sangat bersyukur kerana keadaan kami diberi perhatian. Terima kasih kepada semua yang tampil membantu dan menyumbang,” katanya.

Sebagai rekod, seramai 14 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran tersebut baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, 11 KIR yang rumah mereka musnah sepenuhnya menerima bantuan wang tunai serta barangan keperluan dapur bagi membantu meringankan beban selepas kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, tiga lagi KIR yang kediaman mereka turut terjejas akibat kebakaran tersebut menerima bantuan wang tunai sebagai sokongan awal untuk memulakan semula kehidupan.

Turut hadir, Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Sabah, Samsul Dollah; Penolong Pegawai Daerah yang mewakili Pegawai Daerah Kota Belud, Abd Wahab Sidek; wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Belud serta Pengerusi JKKK Kampung Melangkap Kapa, James Sungkit.

Related Posts

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

UMNO perlu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika benar-benar yakin dengan kekuatan parti itu, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

MALÉ (MALDIVES) – Malaysia dan Maldives memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pertahanan dan hal ehwal Islam menerusi pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM