Isu pemfailan notis usul tangguh tuntutan 40% hasil Sabah dibawa ke Kabinet Persekutuan

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud akan membawa isu pemfailan notis usul penangguhan tuntutan 40 peratus hasil Sabah ke peringkat Kabinet Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan segera.

Tindakan itu diambil susulan timbulnya keresahan mengenai langkah Kerajaan Persekutuan yang memohon penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan Geran Khas tersebut.

Mustapha menegaskan bahawa perkembangan terbaharu itu di luar jangkaan beliau, memandangkan komitmen untuk menunaikan hak Sabah telah dinyatakan dengan jelas dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal sebelum ini.

“Saya memandang serius perkara ini kerana dalam perbincangan jawatankuasa teknikal pada 2 Mac lalu yang melibatkan semua pihak, isu penangguhan ini tidak pernah timbul.

“Oleh itu, saya akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya pada sidang media di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, pendirian asal Kerajaan Persekutuan setakat ini adalah kekal untuk menunaikan hak 40 peratus tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, beliau tidak akan membiarkan perkara itu tanpa tindakan dan bersedia menyuarakan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet akan datang demi memastikan hak Sabah tidak terjejas.

“Kita perlu berdasarkan fakta dan mencari kebenaran. Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal, namun saya akan pastikan laporan lengkap diperoleh sebelum sebarang kenyataan rasmi lanjut dikeluarkan,” tegasnya.

Beliau turut menyeru rakyat Sabah supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi sehingga fakta sebenar diperjelaskan oleh pihak-pihak berkaitan.

Isu ini mula mendapat perhatian umum selepas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mendedahkan mengenai usul penangguhan yang difailkan di mahkamah pada 3 Mac lalu menerusi satu hantaran di media sosial.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi