Hospital Saratok terus dinaik taraf, ADUN Kalaka komited perkasa fasiliti

SARATOK – Usaha memperkukuh kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar terus menjadi keutamaan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri mengumumkan pelaksanaan projek naik taraf Hospital Saratok menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun ini.

Menurutnya, projek berkenaan akan memfokuskan kepada penambahbaikan kawasan tempat letak kereta di Unit Hemodialisis dan ruang hadapan bilik mayat bagi memberi keselesaan kepada pesakit serta pelawat.

Jelas beliau, sebelum ini peruntukan RTP 2024 berjumlah RM200,000 telah dimanfaatkan untuk menaik taraf laluan di pintu masuk utama hospital tersebut.

“Penambahbaikan itu berjaya menyelesaikan masalah jalan berlubang dan kawasan parkir yang sering ditenggelami air ketika hujan lebat.

“Saya melihat pelaksanaan RTP ini benar-benar memberi kesan langsung kepada rakyat. Hospital ini sudah lama beroperasi dan memerlukan perhatian dari segi infrastruktur agar perkhidmatannya lebih selesa dan selamat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak hospital memahami kekangan peruntukan sedia ada, namun memberi jaminan pembangunan fasiliti kesihatan akan terus dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa.

Dalam perkembangan sama, Mohamad turut meluangkan masa menyantuni pesakit menerusi program lawatan kebajikan ke beberapa buah wad di hospital berkenaan pada Ahad.

Hadir sama, Penghulu Josephine Entira yang mewakili ADUN Krian; Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Saratok (ALPHS), Yusuf Terang serta rombongan Perkumpulan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS) yang dipimpin Razenah Sepawi.

Rombongan turut mengagihkan pek makanan kepada pesakit selepas meninjau wad lelaki, wanita, kanak-kanak, pusat hemodialisis dan unit kecemasan.

Mengulas mengenai program anjuran ALPHS itu, Mohamad berkata, inisiatif tersebut membawa makna yang cukup besar dalam menyuntik semangat pesakit, sementelahan sebahagian masyarakat masih dalam semangat sambutan Tahun Baharu Cina dan umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa.

“Kita mahu pesakit rasa dihargai dan tidak dipinggirkan. Sokongan moral sebegini sangat penting bagi membantu mereka kekal bersemangat menghadapi rawatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kerjasama erat antara Pusat Khidmat ADUN Kalaka, ALPHS dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuktikan komitmen jitu semua pihak dalam membela nasib dan kebajikan masyarakat setempat.

Foto: Facebook ADUN Kalaka

Related Posts

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

IPOH – Pemandu kereta yang dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, petang Ahad, didapati positif dadah jenis benzodiazepine. Ketua Polis Daerah Hilir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10