MAWILLA 2 hulur bantuan kepada mangsa banjir Paitan

PAITAN – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan Program Jiwa Murni MADANI dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di daerah ini susulan banjir besar yang melanda pada 20 Februari lalu.

Pasukan bantuan berlepas dari KPTLDM Taman Samudera pada pukul 8.30 pagi dan selamat tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Golong, di sini, pada pukul 12.45 tengah hari.

Misi tersebut diketuai Komander Mohd Nor Hadidi Ismail dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku Ketua Pegawai Staf Operasi MAWILLA 2 bersama tiga pegawai dan 15 anggota termasuk empat pemandu.

Menurut kenyataan itu pada Sabtu, pelbagai barangan sumbangan telah diagihkan kepada kira-kira 40 keluarga terjejas dari Kampung (Kg) Golong, Kg Pinampadan, Kg Kaindangan 1 dan 2 serta Kg Kinggaton.

Antara bantuan disalurkan termasuk barangan keperluan dapur, peralatan memasak, pakaian terpakai dewasa dan kanak-kanak serta kelengkapan persekolahan.

Guru Besar SK Golong bersama wakil penduduk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TLDM Sandakan atas keprihatinan menghulurkan bantuan walaupun jarak perjalanan dari Sandakan ke Paitan adalah jauh.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) TLDM dalam memperkukuh hubungan antara pihak tentera dan masyarakat awam, di samping memenuhi tanggungjawab sosial membantu golongan memerlukan.

Related Posts

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia disifatkan signifikan kepada Sabah dan Sarawak kerana mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia