Nahas maut dua remaja: Pemandu kereta didapati positif dadah

IPOH – Pemandu kereta yang dipercayai menjadi punca kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, petang Ahad, didapati positif dadah jenis benzodiazepine.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, hasil saringan awal air kencing terhadap lelaki berusia 28 tahun itu mengesahkan suspek positif dadah berkenaan.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah ketika kemalangan berlaku.

“Siasatan berhubung kemalangan dijalankan mengikut Seksyen 44(1)(a) dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan berkaitan kesalahan dadah dijalankan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang semalam, dua remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak serta pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan.

Siasatan awal mendapati kereta dipandu suspek dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

Kenderaan itu kemudian melanggar sebuah lagi kereta di hadapan sebelum terbabas dan merempuh seorang kanak-kanak yang berada di bahu jalan.

Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Related Posts

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik

KOTA KINABALU – Graduan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan Politeknik Tawau Sabah (PTS) menerima pengiktirafan atas pencapaian akademik, kepimpinan serta hasil projek mereka pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah mahu lahirkan generasi pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna 

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah berhasrat melahirkan generasi yang bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, malah mampu memahami, menghasilkan penyelesaian kreatif, mencipta nilai dan membangunkan inovasi yang memenuhi keperluan serta keunikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik

Sabah mahu lahirkan generasi pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna 

Sabah mahu lahirkan generasi pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna 

Kurang 24 jam, polis tahan suspek curi komponen Hilux

  • By Fandi
  • September 23, 2026
Kurang 24 jam, polis tahan suspek curi komponen Hilux

MB Negeri Sembilan digesa nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana – Mahfuz

MB Negeri Sembilan digesa nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana – Mahfuz

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM