Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke diyakini memiliki kemampuan dan kekuatan untuk mencipta kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Anthony telah membuktikan keupayaannya sebagai pemimpin berwibawa melalui rekod perkhidmatan cemerlang di peringkat Persekutuan mahupun khidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya.

“Meskipun ada pihak yang nak ‘bungkus’ beliau di Chennah, saya yakin kemampuan dan kekuatan YB Anthony Loke untuk mencipta kemenangan pada 1 Ogos nanti.

“Kepimpinan yang berintegriti, berpengalaman dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat menjadikan beliau calon terbaik untuk terus membawa suara DUN Chennah. Nismilan elok dah. Kekal Harapan,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Terdahulu, Amirudin pada Ahad menyertai Anthony Loke dalam sesi minum petang bersama penduduk dari Kampung Teriang dan Kampung Gagu yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, sesi minum petang itu memperlihatkan suasana muhibah apabila rakyat daripada pelbagai kaum berkongsi semangat yang sama demi masa depan Negeri Sembilan.

“Inilah kekuatan sebenar Negeri Sembilan, perpaduan yang terus dipupuk dalam suasana saling menghormati dan memahami,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, Anthony bertanding mempertahankan DUN Chennah dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon.

DUN Chennah antara kerusi yang menjadi perhatian pada PRN Negeri Sembilan kali ini dan dijangka sengit susulan kesepakatan yang dibuat BN bersama Perikatan Nasional (PN) bagi merampas kerusi itu.

Berdasarkan data profil kawasan, DUN Chennah mempunyai seramai 14,422 pengundi dengan jumlah pengundi Melayu sedikit lebih tinggi iaitu 47.8 peratus berbanding Cina (42.6 peratus); Orang Asli (6.3 peratus) dan India (2.0 peratus).
Pada PRN 2023, Anthony Loke mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,200 undi menewaskan calon PN.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis