Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad.

Menurut laporan Korea JoongAng Daily, polis menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia 40-an bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Suspek dipercayai terbabit dalam kes bunuh selepas disyaki menikam mangsa, seorang lelaki warga Malaysia berusia 20-an, menggunakan pisau.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi di sebatang jalan di Daeso-eup, Daerah Eumseong.

Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus antara dua kumpulan sebelum keadaan menjadi lebih tegang dan suspek didakwa mengeluarkan pisau lalu menyerang mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami, manakala seorang lagi individu yang turut terbabit dalam insiden itu cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selepas kejadian, suspek dipercayai melarikan diri ke sebuah kediaman berhampiran, namun berjaya ditahan polis kira-kira sejam kemudian.

Polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan serta peranan setiap individu yang terbabit.

Keterangan suspek dan beberapa individu lain yang dipercayai menyaksikan atau terlibat dalam kejadian turut diambil bagi membantu siasatan.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap