SUPP sokong petisyen Sarawak dalam Akta Petroleum, Hak negeri perlu dihormati

KUCHING – Sayap Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menegaskan sokongan padu terhadap tindakan Kerajaan Sarawak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Katanya, petisyen ini bertujuan mendapatkan penafsiran perlembagaan mengenai kesahihan dan kelanjutan pelaksanaan beberapa undang-undang petroleum Persekutuan di negeri ini.

Usaha ini bertujuan memperjelas kedudukan Akta Kemajuan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 agar selaras dengan hak Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan secara jelas memelihara semua undang-undang pra-Malaysia yang berkuat kuasa di Sarawak. Undang-undang tersebut kekal sah dan tidak boleh diketepikan secara unilateral oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) merupakan antara undang-undang negeri yang masih terpakai dan relevan dalam pengurusan sumber petroleum serta mineral, selaras dengan Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

“Sarawak secara konsisten mengurus sumber aslinya berlandaskan undang-undang negeri yang dilindungi perlembagaan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda SUPP turut menyentuh naratif tertentu dari Semenanjung Malaysia yang menekankan kepentingan nasional dalam isu berkenaan.

“Kepentingan nasional tidak boleh dijadikan alasan untuk mengorbankan hak perlembagaan Sarawak yang berakar umbi sejak pembentukan Malaysia pada 1963. Suara dan hak rakyat Sarawak mesti dihormati,” tegasnya.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa prinsip kesamarataan sebagai rakan pengasas Persekutuan Malaysia perlu dihormati dan pengiktirafan terhadap bidang kuasa negeri adalah asas penting dalam memperkukuh perpaduan serta kestabilan negara secara keseluruhan.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor