Isu pijak al-Quran: Setiausaha Exco Kanan Selangor mohon maaf, letak jawatan

PEMILIK akaun threads ‘amirulmukminin1648’ yang juga merupakan Setiausaha Exco Kanan Selangor hari ini memohon maaf atas kenyataan berkaitan isu hina agama Islam dan pijak al-Quran, baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pemilik akaun tersebut turut meletakkan jawatannya itu susulan kenyataan yang dibuatnya hingga menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Pentadbiran ini memandang serius dan menzahirkan rasa kesal tentang satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun ‘amirulmukminin1648’ di platform Threads pada 26 Februari 2026.

“Kenyataan tersebut amatlah tidak wajar, tidak bertanggungjawab, mengguris sensitiviti dan telah mengundang kemarahan masyarakat.

“Pemilik akaun tersebut juga telah menzahirkan kekesalan, memohon maaf secara terbuka dan telah juga meletakkan jawatan atas kecuaian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Fahmi menegaskan, Kerajaan Selangor tidak akan bertolak ansur atas segala bentuk penyalahgunaan media sosial oleh mana-mana kakitangan, lebih-lebih lagi melibatkan isu sensitiviti masyarakat dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Menjelang dan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, menjaga tutur kata serta memperkukuh adab dan akhlak dalam setiap tindakan,” katanya.

Tular tangkap layar memaparkan akaun ‘amirulmukminin1648’ mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam berhubung kejadian individu memijak al-Quran.

Susulan itu, beliau mendakwa kenyataan itu hanyalah berbentuk ‘umpan’ terhadap perdebatan isu pijak al-Quran yang telah disalah faham.

Sebagai rekod, Amirulmukminin Addin Amiruddin merupakan Setiausaha Kanan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.

Related Posts

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan lebih RM36 juta bagi memperkukuh penghayatan Rukun Negara bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda serta memperkasakan budaya integriti nasional sebagai asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

PAKATAN Harapan (PH) akan terus menumpukan usaha memperkukuh jentera dan organisasi parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), tanpa bergantung kepada kelemahan atau masalah yang dihadapi pihak lawan. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

PH perkukuh jentera sendiri menjelang PRN Negeri Sembilan

Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

Perdana Menteri lancar NIES, mengakar budaya integriti

Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

Belanjawan 2027 bakal tentukan hayat kerajaan Perlis?

Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026