Majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina satukan komuniti Mukah

MUKAH – Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Mukah menjadi simbol perpaduan apabila menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, sambutan yang menggabungkan elemen berbuka puasa dan perayaan Tahun Baharu Cina itu mencerminkan semangat kebersamaan serta sikap saling menghormati yang menjadi asas keharmonian rakyat Sarawak.

“Majlis seperti ini membuktikan bahawa kepelbagaian budaya dan perayaan mampu menjadi kekuatan dalam menyatukan masyarakat. Ia juga mencerminkan identiti unik Sarawak yang kaya dengan nilai toleransi dan persefahaman,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine bersama pemimpin masyarakat dan komuniti setempat daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan pelbagai persembahan tradisional masyarakat Cina yang bukan sahaja menghiburkan tetamu, malah memperkenalkan keunikan budaya kepada generasi muda serta masyarakat setempat.

Hanifah turut menegaskan sambutan perayaan secara bersama seperti itu mampu memperkukuh semangat perpaduan serta memupuk nilai saling memahami antara kaum.

“Berharap nilai keharmonian dan perpaduan yang telah lama menjadi kekuatan masyarakat Sarawak akan terus dipelihara demi memastikan kesejahteraan dan kestabilan komuniti pada masa hadapan”, ujarnya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor