Gagal kemuka lesen sah, bot tunda ditahan ketika Op Tiris

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri menahan sebuah bot tunda kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 di perairan Lawas pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 2.5 batu nautika di utara Kuala Lawas sekitar jam 1.05 petang ketika pelaksanaan Op Permai 01/19 dan Op Tiris 3.0.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut gagal mengemukakan dokumen ‘Domestic Shipping Licence’ (DSL) yang sah semasa beroperasi.

“Lebih mengecewakan, bot terbabit juga didapati tidak mengibarkan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang dan ia merupakan satu kesalahan di bawah MSO 1952.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu dikendalikan oleh seorang nakhoda bersama tiga kru yang terdiri daripada dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan jika sabit kesalahan, pihak terlibat berdepan tindakan denda, kompaun atau hukuman lain yang bersesuaian.

Tegas Mohd Khairol Anuar, Maritim Malaysia akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua vesel mematuhi undang-undang perkapalan, sekali gus menjamin kedaulatan perairan negara.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diseru untuk menyalurkan aduan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544 / 082-432016).

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi