MKT UMNO setuju tangguh pemilihan lepas PRU16

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini ke tarikh baharu, selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan UMNO mengikut Fasal 10.16, Fasal 10.6.1 dan Fasal 10.6.2.

Beliau berkata, penangguhan itu bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) dan PRU16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

“Tarikh-tarikh bagi Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan adalah pada 1 April hingga 17 Mei 2026,

“Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026 dan Perhimpunan Agung UMNO antara 12 Ogos hingga 16 Ogos 2026.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU16,” katanya, lapor Berita Harian.

Tambah Asyraf Wajdi, UMNO juga bakal menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei 2026 sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada tahun ini.

Menurutnya, Konvensyen UMNO yang akan diadakan pada 2 Mei 2026 bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre pula sebagai acara kemuncak sambutan bersejarah itu.

Related Posts

Biro Kebajikan PKR Tawau agih pakaian ‘bundle’ percuma

TAWAU – Biro Kebajikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau menyediakan pakaian ‘bundle’ secara percuma khusus kepada anggota cabang sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu meringankan beban mereka. Ketua Cabang PKR…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu hubungan politik di semenanjung tidak libatkan BN Sabah – Suhaimi

SANDAKAN – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir mengakui hubungan antara Barisan Nasional (BN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semenanjung ketika ini dilihat melalui pelbagai fasa,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keyakinan pelabur bukti pentadbiran stabil beri impak positif kepada Negeri Sembilan

Keyakinan pelabur bukti pentadbiran stabil beri impak positif kepada Negeri Sembilan

‘Pelaksanaan manifesto lebih penting daripada janji’- Aminuddin

‘Pelaksanaan manifesto lebih penting daripada janji’- Aminuddin

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong