Tempoh pembekuan kenaikan tol akan ditentukan oleh Kabinet

KUALA LUMPUR – Kabinet yang akan memutuskan tempoh pembekuan kenaikan kadar tol akan datang, bukannya ditentukan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR)

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya tidak dapat menjawab persoalan mengenai berapa lama kerajaan mampu meneruskan pembekuan kenaikan tol kerana ia tertakluk kepada keputusan Kabinet.

“Berapa lama kerajaan boleh teruskan, itu bukan soalan yang saya boleh jawab kerana perkara itu perlu dibawa ke Kabinet.

“Perkara tersebut Kabinet yang akan tentukan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Construction Plan 2026-2030 (CAP30), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nanta berkata, tujuan utama kerajaan menangguhkan semakan kenaikan kadar tol adalah bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan peningkatan bayaran pada masa ini.

Beliau memaklumkan, berdasarkan perjanjian konsesi sedia ada, kadar tol memang layak untuk disemak dan dinaikkan mengikut jadual yang dipersetujui.

“Jika ikut perjanjian, kadar tol ini memang sudah sampai masa untuk disemak, bermakna kadar tol akan meningkat.

“Tetapi kerajaan mengambil kira keadaan rakyat yang masih berdepan kos sara hidup dan pelbagai beban lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan penangguhan itu bukan bermaksud kerajaan tidak menanggung kos.

“Bukan percuma tetapi kerajaan yang tanggung. Pengguna harus tahulah, bila ditangguh kenaikan harga tol, maka kerajaanlah yang membayar,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, mesyuarat Kabinet memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, walaupun perkara itu akan mendatangkan implikasi kewangan kepada kerajaan, jumlah itu akan ditanggung kerajaan.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

  • By Fandi
  • October 6, 2026
OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini