Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

ALOR SETAR – Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah kira-kira RM155,000 antara tahun 2024 hingga tahun lalu.

Pegawai kanan terbabit dan dua lagi iaitu penjawat awam dan pemilik syarikat berusia lingkungan 40-an dan 50-an ditahan kira-kira pukul 5 petang dan 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk proses reman pada pagi tadi.

Majistret Eliana Ismail kemudian membenarkan ketiga-ketiga mereka direman selama lima hari sehingga 10 Oktober ini.

Menurut sumber, penahanan mereka adalah bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima rasuah kira-kira RM155,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2025.

“Bagi dua suspek yang merupakan penjawat awam, mereka disyaki telah menerima wang rasuah secara tunai dan juga melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

KOTA KINABALU – Seorang penjawat awam direman tujuh hari selepas disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan mengesahkan Sijil Pengesahan Siap bagi 15 projek kerajaan bernilai kira-kira RM2 juta yang dilaksanakan sebuah syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

RANAU – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 14 botol air ketum serta serbuk ketum dalam serbuan di sebuah perkampungan di daerah ini, malam Ahad. Ketua Polis Daerah Ranau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

  • By Fandi
  • October 6, 2026
OSTEX East 2/26 perkukuh kebolehoperasian TLDM-TUDM di perairan Sabah

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini