Ahli Parlimen diseru sokong RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Keperluan untuk semua Ahli Parlimen untuk menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, sekiranya RUU ini diluluskan, ia menjadi mekanisme untuk mengelak pemusatan kuasa Perdana Menteri yang memegang kuasa untuk satu tempoh yang lama.

Katanya, pembentangan RUU ini adalah manifestasi kepada lonjakan agenda Reformasi Institusi penting Kerajaan MADANI yang memberi kesan baik untuk jangka masa panjang.

“Ini termasuk penegasan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa had tempoh itu turut terpakai kepada beliau yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri selama lebih tiga tahun. BERSIH amat menyambut baik pembentangan RUU ini

“BERSIH menegaskan untuk semua anggota Parlimen membahaskan RUU ini dengan baik dan berkesan,” katanya menerusi kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, BERSIH berpendapat, wujud juga keperluan untuk kerajaan melaksanakan Akta Penggal Tetap Parlimen untuk mengurangkan pergeseran kuasa dan pertukaran Perdana Menteri atau kerajaan pada pertengahan penggal yang kerap sebagaimana dilihat sebelum ini pasca Langkah Sheraton.

“Pertukaran yang kerap dalam masa yang singkat akan mewujudkan kerajaan yang tidak stabil dan mengangkat prinsip demokrasi berparlimen ke peringkat yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, kerajaan berharap RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 1) 2026 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 dapat diluluskan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Dua RUU berkenaan berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri dan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, bekas Perdana Menteri yang mempunyai rekod perkhidmatan selama 10 tahun tidak boleh dilantik semula ke jawatan itu jika Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri diluluskan Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan kelak.

Beliau berkata, RUU itu memperuntukkan tahun perkhidmatan bagi mana-mana Perdana Menteri dan bukan ditentukan berdasar tempoh penggal Parlimen.

Jelasnya, pindaan dibuat bagi memenuhi komitmen janji manifesto PRU lalu dan jika pada masa depan, ia mahu dikembalikan kepada kaedah sekarang, terpulang kepada kerajaan seterusnya nanti.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun