MA63: 9 daripada 13 perkara selesai di bawah Kerajaan MADANI

KUCHING – Sebanyak sembilan daripada 13 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah diselesaikan setakat ini adalah di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, perkembangan positif itu dikongsikan kepada penjawat awam Persekutuan di Sarawak bagi memastikan mereka mendapat maklumat terkini mengenai pelaksanaan MA63.

Menurut beliau, isu-isu ini sentiasa dipantau secara dekat oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk memastikan hak kedua-dua negeri terus terbela.

Menyentuh mengenai agenda Borneonisasi dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Mustapha menjelaskan penglibatan warga tempatan kini menunjukkan pencapaian yang semakin baik.

Katanya, kadar penjawat awam Persekutuan dalam kalangan warga tempatan di Sarawak kini mencecah lebih kurang 87 peratus, manakala di Sabah pula merekodkan sekitar 71 peratus.

Walaupun tiada peratusan spesifik ditetapkan sebagai sasaran akhir penyelesaian, usaha mempertingkatkan agenda berkenaan akan terus berjalan.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan penjawat awam dari Sarawak untuk menyahut cabaran bertugas di negeri lain, terutamanya di Putrajaya, bagi menimba pengalaman dan mempelajari budaya kerja luar untuk diaplikasikan dalam pembangunan negeri.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang sepatutnya bersidang pada 28 Februari ini telah ditangguhkan ke 2 Mac depan atas sebab-sebab tertentu.

Beliau berkata, perundingan akan dilakukan di peringkat teknikal terlebih dahulu bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit sebelum sebarang keputusan dibawa kepada Jawatankuasa Induk untuk dimuktamadkan pada tarikh dan masa yang sesuai.

Mengulas mengenai isu tuntutan 40 peratus yang melibatkan petisyen oleh kerajaan Sarawak, beliau menegaskan kerajaan menghormati tindakan tersebut namun menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada proses undang-undang.

“Kita hormati petisyen yang telah dibuat oleh kerajaan Sarawak, tapi biarlah mahkamah yang menentukan berdasarkan perundangan dan fakta yang ada,” jelasnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula